Thursday, 17 December 2009

PENGUATKUASA TANAH

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan unit ini bermula di SUK Shah Alam dengan anggota seramai 100 orang.


Ditubuhkan oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, iaitu Datuk Muhammad bin Muhammad Taib, pada tahun 1987 dengan gelaran "Blues Geng" . Pada masa itu, unit ini hanya terdapat di SUK Shah Alam, maka unit ini membuat rondaan dan pemantauan di seluruh daerah di dalam negeri Selangor.

Pada ketika itu juga, unit ini banyak melakukan kerja-kerja merobohkan setinggan di seluruh negeri Selangor, demi memajukan Selangor. Kerja-kerja itu dilakukan tanpa menggunakan jentera moden seperti sekarang. Mereka melakukannya dengan menggunakan kenderaan Land Rover (winch). Unit ini juga ada membuat demonstrasi merobohkan bangunan di seluruh daerah.

Maka, unit ini banyak terlibat di dalam pemodenan negeri Selangor, seperti Ulu klang (Ukay Perdana, Taman Melawati, MRR2), Ampang (Pandan Indah, Pandan Jaya, Bukit Belacan), Kajang (Balakong, semenyih, Bangi), Sepang (Airport) Gombak ( Bukit Botak, Wira Damai, Taman Prima, Rawang), kawasan Petaling jaya dan Klang.

Bermula 2001, barulah unit ini diwujudkan di seluruh daerah. Kebanyakan anggota lama telah di tukarkan ke seluruh daerah supaya dapat berkongsi pengalaman mereka bersama angota baru.

Di daerah Hulu Selangor, unit ini berperanan dalam pemantauan dan rondaan di dalam kawasan Hulu Selangor bagi bahan batuan, pencerobohan tanah kerajaan dan perlanggaran syarat nyata tanah.

Aktiviti seperti pemeriksaan dan tangkapan ke atas lori yang membawa bahan batuan dan juga menyempurnakan notis sek 425 KTN.

No comments:

Post a Comment